Sabar


Di suatu petang, semasa Man ingin pulang ke asrama. Dia terserempak dengan Ali yang sedang dalam keadaan marah, lalu ditegur oleh Si Man. 

Man : Assalamualaikum, Kenapa ni Ali marah je aku tengok, Masam je muka. Ada masalah bro?. 

Ali : Haizzzz, geram betullah aku dengan si Mal, janji datang pukul sembilan tapi masih tak datang-datang lagi. Ingat aku batu ke!!! 

Man : Eh, tak jawab salam, dosa tau. 

Ali : Kau ni Man, masa aku tengah “panas” ni kau nak loyar buruk. Walaikumsalam. 

Man : Sabar Ali mungkin ada sebabnya dia datang lambat. Tak payahlah bawa marah tu, nanti memakan diri pula. 

Ali : Jangan cakap sabar depan aku Man, alergik aku dengar perkataan sabar ni. Tak karang penumbuk yang aku bagi dekat kau. 

Man : eh’eh, aku pula yang kena. Aku saja nak bagi nasihat. Inilah jadinya, bila diikutkan marah tu, macam mana nak timbul kesabaran. 

Ali : Kau ni banyak cakaplah, aku mahu cepat selesaikan hal ni, bukan dengar perkataan dan nasihat sabar kau tu, “bla lah” kau dari sini. 

Tanpa banyak kata, Man pun berlalu pergi. 

Pesan Mil:
Dialog di atas sengaja mil buat, supaya mudah untuk para pembaca memahami entri mil kali ini, tentang sabar ceritanya. Kalau nak didefinisikan makna sabar ini, dari segi bahasanya bermaksud menahan atau mengekang manakala dari segi istilahnya pula, sabar bererti menahan atau mengekang diri daripada keluh kesah dan sedih dalam sesuatu hal yang tidak disukai.

Cuba kita perhatikan dialog di atas, mesti ada rakan pembaca yang pernah mengalami situasi yang sama?. Bila kita sebut sahaja perkataan sabar, mulalah “Si dia” nak melenting: “aku nak penyelesaian, bukan perkataan sabar”. Seakan-akan sabar itu bukan jalan penyelesaian. Seolah-olah sabar itu bukan satu tindakan pada “Si dia”.

Sebenarnya, sifat sabar sangat penting dalam kehidupan, sebabnya bukan semua perkara yang berlaku didunia adalah perkara yang kita inginkan. Jadi apakah jalan keluarnya? Tidak lain hanya sifat sabar sahaja kita dapat melalui semua itu tanpa rasa kesal, kecewa, bimbang, marah dan dukacita. Jika tiada kesabaran samala juga ertinya kita kalah pada diri sendiri. Sabar itukan Separuh daripada IMAN.
Renungan Di Bulan Ramadhan.

Think it, Use it ^^ Jangan simpan.

42 Orang Pengkritik:

;