Khinzir ataupun Babi ?

Salam & Al-kisah,



Suatu hari ahmad dan abu pun duduk berehat selepas penat bermain bola. Tiba-tiba mereka ternampak seekor...
Ahmad : eh’eh, perlahannya siput khinzir tu berjalan..

Abu : siput BABI la bro...

Ahmad : ala, babi tu kurang ajar sangat, khinzir tu kan mulia sikit...

Abu : sama ja pun, babi kan khinzir, dua-dua pun gemuk-gemuk, kotor dan hidung macam kau lebih kurang...

Ahmad : hidung aku?. Kalau hidung aku ni hidung khinzir mulia sikit, lainlah hidung kau tu hidung babi...

Abu : ele, kau nak tau, bila aku tengok hidung kau dari tempat aku duduk ni, nampak sangat kekhinzirannya tu...

Ahmad : agak-agaklah bro, aku tau rumah koe kat mana, tak karang aku bakar rumah kau...

Abu : wooooo,, apa bakar-bakar ni. Babinya kau...

Ahmad : kaulah babi...

Abu : kaulah babi...

Ahmad : macam tak puas ati ja koe nie. ahHa, sebab koe rasa khinzir tu mulia, khinzir...

Abu : oklah tu khinzir mulia sikit. Bukan macam kau babi...
*NOTA : Kalau Ada Bahasa Yang Kurang Sopan Sikit Maafkan Mil Ya. Ini Sekadar Cerita Rekaan.

Apa pendapat yang membaca tentang cerita di atas?. Pasal hal kecil pun nak bergaduh, tak pasal-pasal boleh menimbulkan pergaduhan. Pernah tak korang dengar pepatah “kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa”. Pesan mil, apabila kita berbicara kenalah bertapis walaupun yang ingin disimpaikan itu bertujuan untuk memberi nasihat kepada yang dituju. Kita tak tahu mungkin sahaja, apa yang kita katakan itu boleh menyebabkan orang lain sakit hati ataupun menyingung perasaan mereka.

Sekian, renungan di bulan Ramadhan. 


Think it, Use it ^^ Jangan simpan.

41 Orang Pengkritik:

;