Jangan Merungut Lagi



"Aku kecewa sangatlah dengan ayah ibu aku Ali. Dah janji nak belikan Ipad tapi yang aku dapat telefon." 

"Kau untunglah Man, nak itu nak ini, semua dapat. Kau dah kira bertuah, jadi Tak payahla merungut lagi.” 

“hmm... tapi Ali, kalau dah janji tu tunaikanlah, melepas peluang aku nak ada Ipad baru”.

“Merungut tu tak baik Man, mungkin ada sebabnya ayah ibu kau tak nak belikan. Telefon tu kan ok apa. Mari aku ceritakan kau sebuah cerita,” 
Ada sebuah keluarga, boleh dikatakan sebuah keluarga yang bahagia. Untungnya, keluarga itu juga dikurniakan seorang anak yang soleh. Suatu hari, keluarga ini terlibat dalam sebuah kemalangan. Si ibu dan si anak mengalami kecedaraan yang agak parah. Namun, si ayah lebih kronik kerana mendapat kecederaan pada tulang belakangnya. Akibat dari kecederaan yang dialami si ayah, mereka terpaksa berulang alik ke hospital untuk mengubatinya. Disebabkan memerlukan kos rawatan yang tinggi, si anak mengambil keputusan menangguhkan pelajarannya dan berkerja. Pada waktu pagi si ibu akan berkerja manakala si anak akan menjaga si ayah dan sebaliknya pada waktu petang. Adakalanya, apabila sakit si ayah datang dan tertekan. Si ibu dan si anak sabar untuk melayani kerenah si ayah yang bagaikan seorang bayi kecil. Alhamdulillah atas semangat dan doa keluarga, si ayah mampu berdikari dengan sendirinya...
“Walaupun cerita ini ringkas man tapi banyak pengajaran yang boleh kita dapat. Cuba kau fahami cerita aku Man, bukan ayah ibu sahaja yang perlu berkorban, tapi anak pun sama juga."

"Jadi tak payahlah kau merungut lagi, bersyukurlah dengan apa yang kau ada sekarang ni". 

“Benar kata kau Ali, barulah aku sedar banyak kesilapan yang aku buat dengan ayah ibu aku, senang saja yang aku fikir. Nanti pulang rumah, aku nak peluk cium dan ucapkan terima kasih pada ayah ibuku”...

PESAN MIL:

Memang hidup kita ini tidak selalu indah, dan bukan semua yang kita nak akan kita dapat. Namun disitulah terletaknya keindahan apabila kita bijak menikmati dan menghargai apa yang kita miliki.

Renungan di bulan Ramadhan.
Think it, Use it ^^ Jangan simpan

56 Orang Pengkritik:

;