Berhenti Sebentar


Sebut sahaja nama Tok Mat siapa tak kenal, orang terkaya di Kampung 1Malaysia, merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya dalam ladang binatang ternakan, begitulah beliau menjadi seorang yang berjaya. Akan tetapi, kejayaannya itu mulai membuat Tok Mat memiliki sifat-sifat yang tidak baik seperti boros dan kedekut.

Suatu hari Tok Mat pun membeli sebuah kereta sport buatan luar negara, itulah kereta impiannya selama ini. Teruja melihat kereta barunya itu, Tok Mat memandunya disekitar kampung dengan penuh rasa bangga, ego,dan sombong.

Pada pagi keesokkannya, semasa ingin memandu kereta barunya itu tiba-tiba Tok mat terlihat satu kesan kotoran sebiji telur yang dibaling pada cermin keretanya. Dia berasa marah lalu ditinjau-tinjaunya angkara siapa ini.

“Dasar keturunan tidak bertamadun, mesti angkara si miskin ini”, sakit hatinya. Ditinjaunya punya angkara siapa, tiba-tiba Tok Mat terlihat seorang budak lelaki comot mengendap-ngendap dipagar rumahnya.

“Heeee, budak miskin mari kamu ke sini, ini mesti angkara kamu ya?”, tuduhnya.

“ Ya, saya yang buat tok”, jawab budak itu dengan jujur berbaur rasa takut.

“Kamu tahu tak berapa mahal kereta aku ini, berjuta kali ganda mahal dari rumah buruk kau itu!”

“Maafkan saya tok, saya tidak bermaksud untuk melakukan perkara itu. Tetapi saya terpaksa melakukan disebabkan ibu saya sedang sakit dirumah, saya cuma ingin meminjam duit tambang teksi untuk saya bawa ibu saya ke rumah sakit.” jawab budak itu lalu menyambung.

“Sudah banyak kali saya, mengetuk rumah jiran meminta bantuan termasuk rumah Tok, tapi saya diendahkan seperti pengemis, tanpa menanya mengapa saya melakukan perkara itu, saya berjanji akan bayar duit Tok semula. Boleh tolong saya Tok?”, rayu budak itu...

Tok terpaku dan terdiam tanpa sebarang kata... 

Pesan Mil,
Cerita diatas tidaklah panjang dan ringkas sahaja. Tapi jika kita selami dan kopek banyak pengajaran yang boleh diperolehi. Kadangkala kita begitu sibuk dengan urusan sendiri sehinggakan kita terlupa dengan orang yang memerlukan bantuan kita. Ambillah masa walau sekejap, jika ada yang memerlukan bantuan, sekiranya ada bantulah mengikut kemampuan anda.
Renungan Bulan Ramadhan.

Think it, Use it ^^ Jangan simpan.


42 Orang Pengkritik:

;