Windows 7 Godmode

Salam, 

Masa cuti-cuti semester memang dah bosan giler dah. Tak tahu nak buat apa, nak kerja malas pula. Semalam windows rosak buat hal terpaksa format. Jadi carilah crack baru selain Remove Wat Dan Wga , tetiba terbaca pasal windows 7 god mode. Boleh kot dijadikan entry. Rasa-rasanya dah ramai yang tahu pasal feature ini. Tapi, takpala yang belum tahu, kita bacalah sama-sama ya. 

(Credit: CNET News)


Bercakap pasal windows 7 godmode mungkin ada sesetengah dari kita yang mengatakan ia merupakan satu bentuk godam(hack) untuk access ke semua sistem komputer kita. Sebenarnya ia bukan hack, cuma satu feature yang disembunyikan(hidden). Lebih kurang, seperti menyembunyikan satu folder gambar kita ataupun senang kata sebagai shorcut ke operating system's various control settings. 

Dalam windows 7 godmode ini, banyak benda yang boleh kita ubah berbanding bila kita masuk pada control panel sahaja. Antara kelebihan windowns 7 godmode ini boleh mengubah mouse pointer, membuat partition yang baru, dan pandai-pandailah kamu explore sendiri ^^.

Ada dua cara nak buka windows god mode ini ^,^


Method 1:

Buat satu folder & namakan >> God Mode .{ED7BA470-8E54-465E-825C-99712043E01C}


Method 2:

taip shell:::{ED7BA470-8E54-465E-825C-99712043E01C} di run/search/address bar. Then hit enter.

Sebagai peringatan, windows 7 god mode in boleh digunakan pada vista 32bit, 7 32bit dan 7 64 bit. Jangan pula nak pandai-pandai pakai kat XP. Toink3^^. Jangan guna juga trick ini dalam vista 64 sebab boleh menyebabkan operating sistem kamu rosak.

Kalau ada kesilapan fakta, harap maafkan mil. Faham-faham jelah bukannya expert pun. Share is Caring Bah.

Sekian.

Think it,use it ^^ Jangan simpan

10 Orang Pengkritik:

;