Teman Sejati


Teman,
nama yang sukar,
kau temukan pada satu kenyataan,
tanpa memandang kerendahan,
makna ketinggian bukan,
erti dia menemanimu,

Walau duduk berjauhan,
namun bisik rindunya,
bak membalas setiap,
warkah darimu,

Dia selalu bertanya akan dikau,
setia mendengar akan bicara sedihmu,
menyembunyikan tangisnya,

di kala air mata membasahi pipi,

Dia cuba melakar senyum,
pada potret wajahnya,
penuh riang,
walau dalam hati kecil,
sebak melihat temannya
berduka,
 
Mungkin kau tidak sedar,
dia setia disisi,
di kala kau jatuh dan hilang asa,
 
Mungkin kau tidak sedar,
sujudnya bersama butiran air mata,
sehabis doa panjang,
yang padanya terselit nama temanku,

Mungkin jua kau tidak sedar,
dia temanmu, 
teman sejatimu... 

26 Orang Pengkritik:

;