Tausug

Salam,


Anda mesti tertanya-tanya apa maksudnya tausug? Amat jarang kita dengar perkataan ini?. Mari mil bercerita sedikit. Kalau di semenanjung  adanya kaum jawa. Kalau di sabah kita lebih mengenali orang  kadazan dusun dan orang bajau.

 Tausug sebenarnya merupakan satu kaum yang terdapat di sabah. Masyarakat Malaysia lebih mengenali mereka dengan panggilan orang suluk. Di sabah, rata-rata pusat petempatan bagi orang suluk/tausug adalah terletak di sekitar daerah kudat, semporna, sandakan, lahad datu,dan  kota kinabalu.

Tausug secara harfiahnya bermaksud Orang dari Sulu iaitu penghijrahan dari kepulauan sulu ke sabah. Diringkaskan sejarahnya, Bahasa Sug yang mereka tuturkan adalah mirip bahasa Melayu lama bercampur bahasa Arab. Terdapat beberapa jenis suku kaum Tausug dan bahasanya berasal dari beberapa etnik yang bergabung iaitu Buranun, Tagimaha, Baklaya, Orang Dampuan dan Orang Banjar.

Satu lagi tafsiran dari perkataan Tausug ialah “Tau Maisug”. “Maisug” bermaksud “Orang Yang Berani” sebab itu gelaran “Juramentado” (Berani Mati) adalah gelaran tentara Sepanyol kepada Tausug. Pernah dengar tak pahlawan Mat Salleh?. Kita boleh lihat sendiri kehebatan dan keberaniannya dalam perang. Sebenarnya, beliau juga merupakan seorang  yang berketurunan tausug.

Di sini mil sediakan sedikit contoh keunikan bahasa orang suluk ;
  • siapa nama kamu? >> isiu ngan mu?.
  • Kamu nak pergi mana? >> paka in kau?.
  • Saya mahu makan >> kumaun aku?.
Ada persamaan dengan bahasa melayu tak?.
             Mil sebenarnya juga merupakan anak jati tausug. Jadi sebab itulah mil berkongsi sedikit cerita tentang tausug ini. Namanya juga saling bertukar ilmu. Share is caring bah.

    Sekian.

    Think it, Use it ^^ Jangan Simpan.
    /bye

    19 Orang Pengkritik:

    ;