Tak Terkata #1

Salam,



Bila dah tak dah idea, inilah jadinya. Entri ini, merupakan koleksi lawak jenaka rakyat yang mil ambil, bila dah bosan nak juga gelak-gelak takkan asyik nak dok serius 24 jam. Tak Tahulah pula, kalau dengan korang lawak atau tak. Selamat Membaca,


Puan Masnah

Puan Masnah bertemu dengan guru tentang keputusan anaknya. Sepanjang perbualan dia pun bertanya.
Puan Masnah : "Cuba teka, berapa umur saya cikgu?"
Cikgu : "Kalau saya perhatikan gigi puan yang yang terawat baik, saya rasakan puan dalam likungan 18 tahun. Tapi melihat rambut puan yang masih hitam dan indah, puan mungkin tidak lebih dari 19 tahun. Dari kulit puan yang masih putih gebu ini pula saya kira-kira dalam 20 tahun."
Begitu senang hati Puan Masnah mendengar jawapan Cikgu.
Tapi, tiba-tiba cikgu berkata lagi, "jadi, saya simpulkan umur puan kira-kira 18 + 19 + 20 atau sama dengan 57 tahun."

Namaku Rokiah

Di sebuah rumah tinggalah sepasang suami isteri yang sedang tidur nyenyak. Tiba-tiba mereka terbangun kerana terdengar bunyi orang berjalan. Ternyata dihadapan mereka berdiri seorang pencuri dengan sebilah pisau. Lalu, pencuri itu pun menarik si isteri dengan meletakkan pisau dilehernya.
Pencuri: "Sebelum aku bunuh kamu, aku nak tahu dulu siapa nama kau ?"
Isteri : "Nan....nan..namm...nama saya Rokiah!"
Perompak : "Apa nama kau Rokiah! Sebiji dengan nama ibuku, aku tak boleh bunuh kau!"
Kemudian pencuri itu mendekati suami pula.
Perompak : "Siapa nama kau pula aaaaaa!!! Aku perlu tahu nama setiap orang yang aku bunuh!!"
Suami : "Namaku....namaku... Bakar, tapi orang biasanya memanggil aku Rokiah....!!!!!!!"

Cucu & Atok

"Mengapa tak seperti kawan sebaya kau?." Seorang atuk menegur cucunya yang tak cemerlang dalam pelajaran.
Atuk: "Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi. Cu ini asyik internet, tv, kalau tak pun main bola. Bila nak belajar?. Besar nak jadi apa?" (Marah Atok)
Cucu: "Atok ni asyik bandingkan dengan kengkawan yang lain je. Cu tak pernah pun marah bila atok tak sama seperti kawan-kawan sebaya atok yang lain."
Atuk: "Tak sama apanyerr?"
Cucu: "Kawan-kawan sebaya atok semua dah jadi arwah kan?"
Atuk: "?...?...?...?...?...?"


Entri tak terkata #1, sekian.

Think it, Use It ^^ Jangan Simpan.

13 Orang Pengkritik:

;