Segmen #1 : Lelaki Vs Perempuan

Salam,

Ahha, ini kali pertama mil masuk segmen yang dibuat oleh rakan blogger. Selalunya tengok dan baca, tapi kali ini giliran mil pula untuk masuk menjadi peserta. Mana tidaknya kalau tajuk segmen amat menarik perhatian mil. Lelaki vs Perempuan.

Siapa lebih baik?.

Selalunya untuk adil mil akan jawab, “ala,sama je pun”. Tapi tak pada kali ini, sudah namanya pertandingan, jadi pandangan dan olahan idea kenalah tepat dan bernas.

Pada mil, mil tak kata perempuan tak baik. Tapi jauh sedikit disudut minda mil, lelaki lebih baik. Maknanya, lelaki lebih baik berbanding kaum perempuan.

: Ada 5 alasan mengapa mil berani mempersoalkan hal ini :

Lelaki tidak emosi
  • Dalam sesuatu hal, lelaki biasanya mempunyai arah tuju yang kukuh. Bila berdepan dengan sesuatu perkara, mereka akan mengenalpasti, mengendali dan menyelesaikan. Jesteru itu, lelaki lebih mudah memberi fokus dalam sesuatu pekerjaan tanpa membabitkan soal perasaan. Jika dibandingkan dengan kaum perempuan, mereka lebih cenderung menggunakan hati dan emosi dalam mengendalikan sesuatu perkara. 
Lelaki lahir sebagai pemimpin
  • Disebabkan kaum lelaki lebih kuat emosinya berbanding kaum perempuan. Ini memberi kelebihan kepada lelaki untuk menjadi pemimpin dalam sesebuah organisasi. Cuba kita lihat, ahli perniagaan yang berjaya seperti Donald Trump mereka bukannya dalam kalangan kaum perempuan. Memang benar ada segelintir kaum perempuan yang berjaya dan mampu menyaingi kaum lelaki, tetapi segelintir bukan bermakna banyak. Itu hanyalah jumlah minoriti. Alasan kukuh mengapa kaum lelaki lebih berkepimpinan. Alasan biasa siapa ketua keluarga kita?
Lelaki gah pada berani
  • Lelaki adalah pembina dan pencipta. Mereka mengambil risiko dan melakukan eksperimen/kajian. Sekecilnya-kecil keberanian lelaki terserlah apabila mereka menjadi pelindung kepada keluarga. 
Lelaki diam-diam ubi berisi
  • Apabila sesuatu hal buruk atau masalah berlaku, lelaki akan berfikir dan senyap untuk mencari ikhtiar manakala perempuan lantang dengan menggunakan nadanya. Bak kata orang, yang terakhir mati pada lelaki adalah hatinya dan pada perempuan adalah lidahnya. 
Lelaki dan akalnya
  • Akhir sekali, atas kelebihan akal inilah, Allah menjadikan kaum lelaki penjaga bagi kaum perempuan. Begitu juga dalam apa jua masalah, Allah sendiri menyamakan 2 orang perempuan sama dengan seorang lelaki. Contohnya, dalam sesuatu penyaksian atau menjadi saksi. 
ahHa, itu saja yang mil boleh huraikan. Penat memerah otak dan mencari maklumat. Ingatkan mudah, tapi hanya mampu memberikan 5 alasan. Jangan salah sangka dengan pendapat mil wahai kaum perempuan, mil meminta maaf kalau ada yang tersalah kata.

Menang atau kalah mil tak kisah adat pertandingan. Bagi mil pertandingan sebegini mampu, meningkatkan kualiti pemikiran kita. Jadi, kalau taknak rugi ikutlah segmen ini. Tak buang duit pun.

Klik Sini >> Lelaki Vs Perempuan

Sekian.

Think it, use it.
Jangan simpan

18 Orang Pengkritik:

;