Saya Tidak Tahu



Seorang cediakawan bijak pandai datang ke sebuah Universiti terkemuka dengan tujuan ingin berkongsi ilmu berbentuk  ceramah kepada para pelajar di situ. Kiranya ketika itu siswa dan siswi teramatlah  teruja dan gembira sekali, mana tidaknya bukan sembarangan orang yang datang.

Terkenal dalam kalangan bijak pandai juga di mata masyarakat. Pelbagai jenis teori diselesaikannya, dari ilmu angkasa, ke perubatan hinggalah ke ilmu hisab mudah sahaja baginya. Cuba bayangkan betapa hebatnya tokoh Dr. Syed Ali ini. Ceramahnya itu diadakan di sebuah dewan besar Universiti.

Selang sejam berlalu, para pelajar tertumpu dan asyik mendengar setiap baris kata-kata Dr. Syed Ali. Akhirnya, sesi soal jawab pun bermula. Setiap soalan dijawab dengan sempurna tanpa ragu dan was-was olehnya. 

Sehinggalah seorang pelajar laki-laki berdiri dan segera menyampaikan soalannya pula. Ringkas jawapan Dr. Syed Ali, “Saya tidak tahu. Nanti kamu tanyakan lagi esok hari sebelum saya berangkat pulang”.  Terasa hampa pelajar laki-laki itu.

Pada keesokan harinya, sebelum beliau berangkat pulang. Pelajar itu kembali bertanyakan soalan yang sama. Lalu dia berkata: “wahai tuan, bagaimana jawapan  pada soalan saya semalam.

Dr. syed Ali menjawab: “saya belum tahu lagi jawapannya”.

Pelajar itu berkata: “ tapi tuan soalan ini dititipkan oleh fakulti saya. Para pengajar saya berkata tidak ada orang lain yang boleh menjawab soalan ini kecuali tuan. Apa yang harus saya katakan kepada mereka?.

Sekali lagi Dr. Syed Ali menjawab dengan ringannya: “apabila kamu telah kembali kepada mereka, beritahu mereka bahawa Syed Ali tidak tahu”.  


Salam

ahHa, seronok tak baca cerita mil?. Tapi bukan itu yang mil ingin sampaikan, cuba kawan2 fahami isi tersirat cerita ini. Kita dapat lihat Dr. Syed Ali sangat berhati-hati dalam menjawab soalan yang diajukan kepadanya.


Sekiranya, soalan yang ditujukan beliau tidak tahu akan jawapannya, maka beliau tidak memaksakan dirinya untuk menjawab soalan itu. Sebaliknya tanpa malu-malu ia akan mengucapkan kalimah, ”Saya tidak tahu”.


Seorang tokoh ulama Imam Malik pernah berkata, “Jika seseorang mengabaikan kalimah “Saya tidak tahu”, maka ia telah jatuh kedalam kebinasaan. Erti kata lain, tidak salah untuk kita mengungkapkan kalimah ini, sesungguhnya ia mencerminkan kesedaran kepada diri kita yang hakikatnya manusia ini serba kekurangan. 

Kesimpulannya, walau tinggi dan banyaknya ilmu seseorang itu, pasti ada perkara yang tidak diketauhinya dan begitu jugalah dengan hal-hal yang lain. (No Body is Perfect)

Sekian.

Think it, Use it. ^^ Jangan simpan.
/bye

12 Orang Pengkritik:

;