Mengenali Bahasa Sabah

Salam,



Apa khabar yang membaca?. Moga-moga anda sihat sahaja. Kalau sakit maksudnya Allah sayangkan anda. Lapangkan minda anda, dan senyum-senyumlah selalu. Jom kita mengenali bahasa Sabah. Tak susah pun. Mana tahu satu hari nanti anda akan datang ke sabah melawat atau belajar di sini. Taklah juga rasa kekok dan terasing.

Hari ini kita akan mengenali perkataan yang senang sahaja, perkataan biasa yang selalu di gunakan dalam kehidupan seharian kami orang Sabah;

Awak – ko/kau
Sebenarnya orang Sabah lebih biasa menggunakan perkataan ko/kau berbanding awak kamu dan yang seangkatannya.
Jadi, bila datang sabah itu bukannya bermaksud kurang sopan.
Contoh: awak/kamu ini kenapa? > Koe nie kenapa?.

Tidak – ndak
Kalau cakap “tidak mahu”, mereka akan kata “endak mau”

Tiada – teda/endak ada
Kalau cakap tiada, mereka akan kata “teda” atau “endak ada”.

Pergi – pigi
Contoh: awak nak pergi mana? >> koe nak pigi mana?.

Lalu – limpas:
Limpas ini sebenarnya merujuk nak minta laluan/tumpang lalu.
Contoh: boleh saya tumpang lalu bang? >> boleh saya limpas bang?hik3

Bagi – kasi.
Kasi ini selalunya merujuk kepada meminta tolong.
Ahmad boleh kamu temankan saya ke kedai? >> ahmad kasi kawan saya ke kedai.
ahHa, amacam senang tak bahasa sabah. Tak susahkan?. Idea ini, sebenarnya mil dapat dari entri teynteyn. Memandangkan cik adik manis kita ini, mengajar bahasa utara pula.

Sekian.
Think it, use it. Jangan simpan.

38 Orang Pengkritik:

;