Malaysia & Gunung Berapi

Salam,


Semalam bila tengok filem VOLCANO di Astro Prima. Teringin pula mil nak tahu, kalau-kalau Malaysia pun ada juga gunung berapinya sendiri. Cari punya cari, rupa-rupanya ada pula kat tempat asal mil (sabah) tapi yang tak aktiflah.

         Melalui pembacaan mil, Malaysia pernah mempunyai gunung berapinya sendiri tapi dah lama sangat dalam 27,000 tahun usianya, mungkin masa zaman batu. Diringkaskan sejarahnya, tapak bekas Gunung berapi ini terletak di daerah Tawau Sabah dan bernama Gunung Maria. Ketinggian gunung ini sekitar 1,067 meter dari paras laut dan merupakan gunung berapi jenis "Pyroclastic Cone".

Cuba lihat gambar di bawah >> 


Sungguh menakjubkan tak?.

             Tapi itu “dulu-dulu” orang sabah kata. Lagipun, Malaysia sekarang terletak di luar lingkaran api pasifik. Tetapi secara hakikatnya kita beruntung hidup pada zaman ini kerana tidak ada lagi gunung berapi di negara kita.

          Menurut kajian yang dijalankan, Malaysia lansung tidak terdedah kepada ancaman bencana alam gunung berapi. Walaubagaimanapun, kita perlu tahu mengenainya agar dapat memahami bumi dan alam sekitar kita. Lebih-lebih lagi, semakin banyak bencana alam yang berlaku pada hari ini. 


Think it, Use it ^^ Jangan simpan



23 Orang Pengkritik:

;