Kita Bakar

Salam,



Inilah akibatnya bila kita kurang prihatin akan orang lain, pentingkan diri dan hanya berfikir tentang diri sendiri sahaja. Bak kata orang putih “selfish”.  Pembakaran terbuka mungkin kalau dibandar-bandar besar seperti kuala lumpur, probabiliti untuk melihatnya mungkin nisbahnya diantara 10/100.

Tapi tidak di tempat lahir mil. Mil agak bengang apabila sekumpulan orang yang dikira berpengalaman, boleh dikatakan sudah melalui pelbagai asam garam kehidupan boleh terfikir melakukan perkara ini. Pura-pura tak tahu ataupun mereka bodoh?. Memang sinis kata-kata mil, tapi inilah faktanya.

Mil tak kisah kalau sehari dua, tapi kalau sudah tiap-tiap hari buat pembakaran terbuka tanpa memikirkan orang lain. Alamatnya, sesiapa pun naik kepala juga.  Alasan mereka mudah, nak bersihkan kawasan tanah, nak bina rumah. Tak adakah cara lain?. Mestikah juga dengan pembakaran terbuka?.

Sebenarnya, apa  yang tersirat didalam pemikiran mereka? tak tahu undang-undang?. Makan gaji sahaja?. Cuba kita baca akta di bawah >>

Pembakaran Terbuka
Sebarang kebakaran, pembakaran atau pembaraan  yang berlaku di udara dan tidak dihalakan melalui cerobong atau serombong kecuali aktiviti-aktiviti yang ditetapkan oleh Menteri melalui Perintah yang disiarkan oleh Warta.
 
Amaran
Aktiviti pembakaran yang dilarang sama sekali :
  • Pembakaran di atas tanah gambut.
Peruntukan Di Bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974
Seksyen 29A
  • Tidak seorang boleh membenarkan atau menyebabkan pembakaran terbuka di mana-mana permis.
Kesalahan dan Denda
 Seksyen 29A(2) atau 29B, Akta Kualiti Alam Sekitar Sekeliling 1974 :
  • Kompaun - RM2,000.00 maksima bagi setiap longgokan kebakaran
  • Denda - RM500,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
Akta di atas mil ringkaskan sahaja, untuk membaca yang sepenuhnya sila Klik Sini >> AKTA
         
Antara kesan-kesan pembakaran terbuka ialah udara menjadi kotor akibat bertambahnya kumin-kumin pepejal atau habuk, karbon dioksida dan lain-lain bahan pencemar, keadaan persekitaran berjerebu, ganguan kesihatan seperti lelah, radang paru-paru, sakit mata dan kulit terutamanya kepada bayi, kanak-kanak, orang tua dan pesakit lelah.

         Harapan mil pada mereka, carilah alternatif lain untuk bersihkan kawasan rumah, ataupun kawasan premis. Kita kenalah beringat-ingat, nak buat sesuatu kenalah fikirkan orang lain. Jangan buat sesuka hati. Lebih-lebih lagi, apabila perkara yang dilakukan itu melanggar undang-undang.
SEKIAN.

Think it, Use it ^^ Jangan simpan.
/bye

6 Orang Pengkritik:

;