Bola Sepak Malaysia semakin unggul


Salam

Apa khabar semua, harap-harap anda sihat sahaja. Kalau sakit maksudnya Allah sayangkan kita. Lapangkan minda dan senyum-senyumlah selalu ya sahabat sekalian. Malaysia menang agregat 4-4 . Malaysia layak untuk pusingan seterusnya atas kelebihan gol ditempat lawan. Syabas kepada malaysia.

          Mil teruja sangat bila menonton bola sepak kita malaysia lawan taiwan. Dalam minda mil, bolehkah pasukan malaysia ini menang? Mana tidaknya, dihadapan puluhan ribu penyokong taiwan mereka beraksi. Tapi dengan berkat usaha pemain kita berjaya juga pasukan malaysia layak ke pusingan ke 2.

          Jauh disudut hati mil kita tidak perlu mempersoalkan kekalahan pertama malaysia dengan taiwan?. Para pemain sebenarnya sudah berusaha dalam perlawanan ini dan sudah berjaya untuk layak ke pusingan ke 2. Kita sendiri tahu Taiwan merupakan sebuah pasukan yang kuat. Jadi memang tidak mudah untuk mengalahkan mereka lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan ribuan penyokong mereka.

         Kekalahan kita bukannya bermakna pasukan malaysia kita lemah, tetapi mungkin merupakan satu isyarat akan kebangkitan mereka pada pusingan ke 2 nanti. Pengajarannya, jangan lupa biarpun kita berada dihadapan, pasti musuh akan mengejar kita.

          Apapun, mil ucapkan tahniah kepada pasukan malaysia. Mil harapkan bola sepak negara kita akan setanding dengan gergasi bola sepak yang lain.

Tahniah Malaysia !!!!!!

Think it use it, Jangan simpan ^,^



21 Orang Pengkritik:

;