Semakin Berilmu Semakin ego?

Suatu hari satu ceramah sedekah dibuat yang mana semua yang menjadi peserta adalah dalam kalangan orang yang berkerjaya dan berpelajaran tinggi. Disampaikan oleh seorang ustaz yang pakar dalam bidang motivasi, para celik pandai ini seronok mendengar ceramah yang penuh bermakna itu.


Selang sejam berlalu, seorang peserta bertanya, “ustaz orang miskin ini memang malas kan sebab itulah mereka miskin, betul tak?.


Lalu ustaz pun menjawab, “ mungkin mereka tidak malas. Cuba kita perhatikan ada orang miskin yang kuat berkerja, tetapi masih miskin keadaannya.”
  
“ Ya, tapi, mereka memang malas, sebab itu mereka suka meminta-minta kepada orang lain?”, sampuk seorang doktor yang juga merupakan peserta disitu.

“ Memang ada benarnya kata doktor. Akan tetapi kita tetap perlu menolong mereka. Kita kenalah bersangka baik, kadangkala ilmunya kurang dan pendidikan pun tidaklah tinggi. Lalu, menyebabkan dia tidak tahu berbuat apa-apa. Jadi, kita mesti memberi sokongan supaya dia rajin berkerja.”



“ Kalau sudah banyak menolong, tetapi masih tidak berubah. Perlu ditolong juga ke ustaz?”. Tanya seorang peguam pula.


“ Apabila, kita menolong seseorang kita kenalah bersabar. Manatahu satu pertolongan kita itu akan memberikan kita kebaikan pada suatu hari nanti. Jika tida berjaya pun, ia merupakan suatu ibadah yang dituntut dan dijanjikan pahala apabila melakukannya. Sikap enggan dan ego si kaya untuk membantu, merupakan penyebab pada kemiskinan ini.” Jawab ustaz dengan penuh yakin.


Namun, para peserta tadi berbisik-bisik seakan-akan tidak berpuas hati akan jawapan ustaz itu.

Apa pendapat rakan-rakan dengan situasi diatas. Kita dapat perhatikan para peserta merupakan kalangan orang yang celik pandai dan berjaya. Akan tetapi, melihat sikap mereka yang sebegitu tidakkah ia menunjukkan betapa tingginya ego mereka?. Bak kata orang, mereka berilmu, tetapi ilmu mereka tidak meyuluh.

Akibatnya, mereka mengenali yang maha esa tapi hati mereka terbuta dengan kehebatan ilmu mereka. Kita kenalah beringat-ingat setiap pertolongan yang kita berikan itu perlulah ikhlas dalam hati kita. bagaimana sesuatu pertolongan yang tidak ikhlas akan membuahkan hasil?.

Sebenarnya, mil menulis entry ini bukanlah ingin mengupas tentang sifat kita bila bersedekah. Tetapi, cuba kita selami isi tersirat dalam dialog ini. Ilmu kita bukan hanya untuk dipelajari. Apa yang dituntut ialah kita beramal dengan hati yang jernih. Sekiranya dengan ilmu itu, kita semakin sombong dan tidak dapat menolong orang lain. Maka kita tidak mendapat manfaat daripada ilmu itu.

Think it, use it
Jangan simpan :D

14 Orang Pengkritik:

;