Menjana Kekuatan Minda

SALAM,



Entry mil kali nie nak bercerita tentang minda, tadi masa baca majalah lama terjumpa pula satu artikel tentang minda. ahHA. Minda??. Seseorang yang bijak dan memiliki kekuatan minda adalah seseorang yang menggunakan segala kekuatan pancaninderanya seperti melihat dan mendengar.

          Mengapa mil ingin bercerita tentang ini?, kerana minda atau akal merupakan satu kurnian Allah s.w.t. yang dapat membezakan kita diantara haiwan dan makhluk lain. Tidak seperti haiwan contohnya, kita mempunyai keupayaan untuk berfikir dan memahami. Jesteru, kita mampu melihat yang baik dan yang buruk. Inilah yang dipanggil keupayaan akal atau kekuatan minda.

Seorang pengkaji barat Howard Gardner mendefinisikan minda yang kuat terbahagi kepada 5 bahagian :

Disciplined mind

Disciplined mind adalah keadaaan seseorang yang menggunakan mindanya sebagai asas kepada tingkah laku sehariannya. Seseorang yang mempunyai minda yang berdisplin mampu mengurus aktiviti harian mereka dengan lebih teratur. Minda yang berdisiplin mampu melahirkan melahirkan manusia berperaturan dan mematuhi undang-undang kerana segala perkara yang mereka lakukan dirancang dengan rapid an penuh tata tertib. Hasilnya, tugasan dan tanggungjawab yang diberikan akan dapat dilaksanakan secara sempurna dan baik.

Synthesizing mind

Minda yang berdisplin tidak cukup menjadikan seseorang itu mempunyai kekuatan minda. Oleh itu kita memerlukan synthesizing mind untuk lebih ke arah minda yang kuat. Synthesizing mind bermaksud keupayaan seseorang untuk mencerna sesuatu dengan lebih baik dan bermutu. Synthesizing mind melatih seseorang suka memberi sesuatu kepada orang lain yang baik dan dapat menjana sesuatu yang positive daripada kepelbagaian sumber yang dimiliki.

Reating Mind

Laluan ke tiga untuk memiliki minda yang kuat kita perlu berfikir kreatif, anovatif dan baru. Inilah yang didefinisikan sebagai creating mind. Minda yang kuat selalunya berfikir dari luar kotak pemikiran yang biasa. Ia mampu menjana idea yang bernas dan menarik. Lalu, menjadikan seseorang itu mampu menghalangi segala cabaran dan dugaan dengan mudah dan bijaksana.

Respectful mind

Dua langkah terakhir untuk memiliki kekuatan minda ialah dengan respectful mind. Walaupun kita mempunyai keupayaan sesuatu yang baru dan kreatif. Akan tetapi tidak semua ciptaan kita itu akan di terima pakai oleh semua orang. Jadi, respectful mind akan menjadi asas supaya kita menerima dan menghormati pendapat seseorang itu dengan lebih terbuka.

Ethical mind

Proses terakhir sekali ialah memiliki ethical mind. Ethical mind ialah kayu ukur sama ada kita menghormati sesuatu atau tidak. Minda mempunyai kayu ukur yang jelas kerana kita dibekalkan dengan nilai-nilai moral dan etika dalam kehidupan. Mereka yang mempunyai nilai etika yang tinggi, mampu menolak segala bentuk kejahatan dan kezaliman. Sebagai contoh, etika islam mengajar kita untuk mengambil neraca Allah S.w.t, apa yang dilarangnya kita jauhi, dan disuruhnya kita dekati.
          Kesimpulannya, setiap bahagian merupakan peringkat kepada kekuatan minda dan setiap langkah perlu kita ikuti. Untuk menjadi seorang yang Berjaya kita perlu memiliki kekuatan minda kerana akan menjadi kunci agar selalu berfikir positif dan kehadapan.

Think it, Use it (; Jangan simpan ;)

0 Orang Pengkritik:

;