Penawar Sebuah Tangisan

SALAM :D,


Setiap dari kita pasti pernah merasai apa itu tangisan. Kita sudah tahu apabila seseorang manusia itu dilahirkan, tangisan merupakan isyarat pertama yang diperlihatkan. Bahkan sekiranya tiada tanda-tanda tangisan pada kelahiran itu, pastinya wujud tanda kerisauan pada doktor dan ahli keluarga. Sesungguhnya kita tahu tangisan merupakan anugerah daripada Allah s.w.t.

          Menangis sebenarnya tidak terbatas pada perasaan sedih sahaja, malahan menangis merangkumi segala jenis perasaan lain seperti perasaan gembira dan bahagia. Ramai orang berpendapat bahawa menangis merupakan suatu perilaku yang lemah. Erti lainnya, menunjukkan seseorang itu cepat tunduk dan lemah emosi. Bahkan, mereka merasakan bahawasanya tangisan ini hanya untuk kaum wanita bukan untuk lelaki.

               Sebut sahaja tentang lelaki menangis, ia bagai menjadi aib pada masyarakat kita. Lalu, dengan mudah mereka menyimpulkan si dia lelaki lembut dan bersifat kebudak-budakan. Maka sebab itulah kaum Adam ini lebih cenderung menahan air matanya. Harus diingati lelaki juga merupakan seorang manusia yang mempunyai perasaan dan isi hati untuk diluahkan. Lebih-lebih lagi perasaan yang berbentuk kesedihan. Jesteru itu, tangisan lelaki bukanlah menunjukkan dia lemah tetapi sedikit sebanyak untuk mengurangkan beban yang tersirat. Bahkan Allah s.wt memuji orang yang menangis ini dalam firmannya (surah al-isra’ 17;109).


          Ramai orang menyangka bahawa tangisan hanyalah respons bagi perasaan tertentu tanpa mereka menyedari tangisan mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Kita mungkin tertanya-tanya, apa fakta yang menangis boleh memberi kesan terhadap kesihatan? Adakah terdapat kajian terhadap fakta ini?. Jawapannya ada, bahkan amatlah banyak kajian yang dibuktikan. Disini Cuma dijelaskan sebahagian sahaja :

1. Menyahkankan Zat berbahaya dari tubuh badan

Menangis merupakan kaedah semula jadi untuk mengeluarkan zat-zat  kimia yang berbahayadaripada tubuh manusia. Zat-zat kimia ini dihasilkan oleh tubuh ketika dalam ketakutan.

2. Meningkatkan kadar degupan jantung

Menangis boleh meningkatkan kadar degupan jantung dan dianggap sebagai latihan yang berguna bagi rongga badan,urat-urat dada, dan ke dua belah bahu. Selepas menangis, kadar degupan jantung kembali perlahan sehingga menimbulkan perasaan yang sangat tenang.

3. Menghalang penyakit

Satu kajian oleh Universiti Temple(USA) kepada 100 orang menghidap penyakit radang usus besar dan luka pada perut dan 100 orang yang sihat. Hasil kajian mendapati jawapan yang agak mengejutkan. Hampir semua pesakit yang berpenyakit mengatakan bahawa menangis adalah tanda lemahnya peribadi, maka mereka memilih untuk memendam rasa hati mereka. Manakala bagi mereka yang bebas dari penyakit mengatakan menangis adalah sesuatu yang semula jadi jika dilakukan pada waktu dan tujuan yang sesuai.

4. Membebaskan racun dari badan

Arthur Frank, seorang ilmuan amerika berkata air mata berfungsi untuk mengeluarkan unsur-unsur beracun dalam tubuh. Maka dengan menahan air mata bermakna menahan unsure-unsur racun dalam tubuh. Secara fitrahnya, umur wanita lebih panjang berbanding lelaki kerana wanita lebih cenderung untuk menangis lalu membebaskan banyak racun melalui tangisan.

5. Air mata mengandungi 25% Protein

Kajian menunjukkan air mata mengandungi 25% protein daripada satu bahagian terutamanya magnesium. Ini adalah unsur yang tidak seimbang dan boleh menjadi racun kepada manusia. Ianya dapat dibebaskan daripada manusia ketika menangis.

          Kesimpulannya, kita tidak perlu berasa malu untuk menangis dalam situasi tertentu. Semoga tangisan dapat mengurangkan beban dihati ataupun tanda kegembiraan atas sesuatu kebaikan, di samping menjadi medium perubatan yang asli oleh tubuh badan kita.

SEKIAN, wassalam

0 Orang Pengkritik:

;