Maharaja Lawak minggu ke 11

Salam,

Minggu kali ini, maharaja lawak dilansungkan di kuantan Pahang. Jumlah penonton yang datang boleh dikatakan ramai. Walaupun aku hanya menonton di kaca tv sahaja (dah tau da ramai, kat tv ada bgi tunjuk, ha3).

Jambu- part 1
 

Jambu - part 2

Kali ini aku semakin kecewa pula dengan kumpulan JAMBU. Lawak yang mereka persembahan semakin kurang memberi sengatan (asik lawak yg sma je, tntula borink..hu3.:(.. ). Terus terang katakan JAMBU merupakan kumpulan yang aku minat dalam maharaja lawak (so buat yg terbaik jambu, NEW IDEA.. Plsssss).

R2 - part 1
 

R2 - part 2

Semalam persembahan R2 hanya dalam keadaan sederhana sahaja. Mereka agak kucar kacir apabila menggunakan prop sebagai bahan jenaka. Sebenarnya apabila bercakap tentang R2, kita kena memberikan mereka peluang kerana mereka merupakan sebuah kumpulan yang baru (kira okla smlm tu J).

Sepah - part 1
 

Sepah - part 2

Sepah semalam mengubati sedikit sebanyak kekecewaan aku, apa yang menarik tentang sepah ialah lawak mereka mempunyai pengisian moral yang baik. Tiap kali sepah membuatkan persembahan, lawak mereka mesti mempunyai  kata-kata nasihat sebagai contoh (kiranya bukan lawak bodohlah J). Yang paling aku suka, pelawak yang berbadan kecik diantara mereka bertiga (tngk muka pn da lawak, dengn dafi nya lgi, ha3.. J)

Nabil - part 1
 

Nabil - part 2

Nabil merupakan satu-satunya peserta solo. Berdepan dengan penonton tidak sedikit pun melunturkan semangatnya untuk membuat lawak (mungkn penglmn nya kot, kalau amir mesti da tenggelam. Ha3, upppssss, I’M Sorry). Semalam persembahan nabil terbaik kerana kita kena faham untuk membuat lawak yang solo memang teramatlah sukar. Lebih-lebih lagi, apabila berhadapan dengan penonton yang ramai (hopefully, nabil buat terbaik minggu depan J).

Jozan - part 1
 

Jozan - part 2

Jozan merupakan kumpulan yang terbaik antara semua kumpulan semalam (dah sedar kot, xnk main2 lagi, ha3). Adegan lawak yang pertama amat menghiburkan dan menyeronokkan (haizzzz, lawak tahap nak giler, lgi2 bila Hafiz datang. Ha3. J).  Adegan lawak yang ke dua kira juga yang terbaik antara semua kumpulan. Apapun, tahniah diucapkan kepada Jozan.
Pada akhir rancangan, tidak ada kumpulan yang disingkirkan. Tetapi kumpulan tiga terendah ialah R2, Nabil, & Jambu.
Sekian.

0 Orang Pengkritik:

;