JADILAH DIRI SENDIRI


Salam,

Semasa aku sibuk mengemas buku-buku yang sudah tersimpan lama, aku terjumpa pula dengan buku yang temanku berikan semasa belajar di matrikulasi. Di buku itu sempat dia menyisipkan sebaris kata-kata ingatan kepadaku;
Hayati buku ini,
Percayalah, satu masa nanti,
Kamu akan sedari akan,
Gunanya dan manfaatnya padamu.
          Mungkin sedikit sebanyak kata-katanya mengingatkan aku pada kenangan di matrik selama 9 bulan itu. Perasaannya seperti baru kemarin sahaja aku meninggalkan tempat itu. Lalu sengaja aku membuka muka surat pertama. Ringkas sahaja tajuknya, JADILAH DIRI SENDIRI.

          Kata-kata pengarang yang pertama, adalah tidak tepat jika kita melihat hidup ini sebagai satu pertandingan yang masing-masing ingin mencapai kejayaan. Tetapi bagaimana kalau kit berasa sedang bertanding dengan diri sendiri? Yakni kita harus berusaha agar mempamerkan, mengeluarkan atau menghasilkan sesuatu dengan fikiran, tenaga keupayaan yang paling tinggi dan terdaya, dan usaha yang terbaik, terhadap diri sendiri.

          Kata-kata pengarang ini semestinya penuh dengan makna dan pengisian, namun hakikatnya aku sendiri tidak pasti sama ada aku yakin akan diri sendiri pada ketika ini. Lalu pengarang berkata lagi, apabila bertanding dengan diri sendiri. Kita akan berasa malu kalau apabila kalah dengan diri sendiri, tetapi jangan pula malu jika kalah dengan orang lain.

          Ironinya, aku mentafsirkan bahawasanya maksud pengarang adalah kegagalan sebenarnya datang dari diri sendiri walhal kejayaan juga datang dari sendiri. Mengapa? Pengarang berkata “Only me can beat me”. Aku sebenarnya juga sedang mengalami kegagalan, mungkinkah?. Kerana pada aku, aku bertanding adalah pada diri aku sendiri walhal sebenarnya kita perlu menjadikan orang lain sebagai saingan untuk menjadi lebih baik.

           Jika ingin mengupas lebih lanjut tentang JADILAH DIRI SENDIRI satu fakta pengarang ialah menghindari sikap suka membandingkan diri dengan kawan-kawan. Mengapa? Sebab kita semua mempunyai jangka masa perkembangan yang berbeza. Hal ini termasuk dari segi emosi, fikiran dan jiwa. Terutamanya, tempoh kematangan manusia adalah tidak sama.

          Sebenarnya, dalam hidup kita mengalami halangan yang berbeza. Lalu, kita perlu sedar laluan yang perlu kita lalui berbeza dengan orang lain. Kadangkala, mudah pada mereka tapi payah untuk kita dan sebaliknya.

        Cara yang terbaik ialah membandingkan diri dengan potensi diri. Kita tidak perlu banyak harta, tinggi kuasa, cantik rupa untuk keyakinan diri. Tetapi binalah keyakinan kepada tuhan yang kita cintai lantas keyakinan pada diri sendiri terus akan meningkat.

Dapat disimpulkan, jangan menunggu orang lain menghargai diri anda, tetapi hargailah diri anda terlebih dahulu.

Sekian.

*notes : terima kasih pada sahabatku memberikan buku ini...

0 Orang Pengkritik:

;