Pengodam Operation Malaysia(M)

Salam,

Nampaknya khabar-khabar angin tentang operation Malaysia itu sebenarnya benar seperti yang dikatakan oleh berita online. Mil tertanya-tanya juga apa langkah yang kerajaan akan ambil terhadap ugutan ini? Buktinya, 51 laman kerajaan telah pun digodam.
          Untuk mengetauhi tentang perkembangan masalah ini, mil adalah juga mencari melalui laman internet, lalu terjumpalah ini:
         


Mengulas ancaman sesetengah pihak untuk mengodam laman web kerajaan berikutan tindakan kerajaan menyekat 10 laman web perkongsian fail, Rais berkata pengodam menjadikan pihak yang salah sebagai sasaran mereka.

"Mereka salah faham niat baik kita. Tidak ada penapisan siber di Malaysia kecuali jika sesuatu jenayah dilakukan,” katanya..

Ahad lalu sekumpulan pengodam memberi amaran akan menyerang laman kerajaan bermula hari ini sebagai reaksi kepada penyekatan laman-laman berkenaan.

Rais berkata kumpulan luar negara yang dikenali "Anonymous" yang mahu menggodam laman web www.malaysia.gov.my, itu adalah sesuatu yang tidak dijangka tetapi ancaman serupa pernah dibuat sebelum ini.

"Kita telah memberitahu perkara ini kepada pihak-pihak berwajib, dan kita telah mengambil tindakan pencegahan yang perlu menerusi Mampu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta agensi-agensi yang bertanggungjawab mengenai keselamatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Penulis Blog dan Media Sosial Sedunia 2011 di Kuala Lumpur hari ini.

Rais berkata kerajaan juga sedang bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlaku serangan.
10 site yang telah di black list oleh kerajaan:
  1. ThePirateBay.org
  2. MegaUpload.com
  3. FileServe.com
  4. DepositFiles.com
  5. FilesTube.com
  6. Warez-BB.org
  7. Movie2k.to
  8. MegaVideo.com
  9. PutLocker.com
  10. DuckLoad.com
          Sebenarnya, di sini mil terfikir juga adakah tindakan kerajaan ini benar?. Mungkinkah sedikit sebanyak akan menjejaskan sokongan rakyat terhadap kerajaan. Mil tidaklah berpihak pada sesiapa, akan tetapi perkara sebegini mungkin akan meningkatkan lagi jenayah IT. Mengapa?


          Hal ini disebabkan, apabila sesuatu laman di black list atau di block akan ada sahaja pihak yang akan berusaha untuk melakukan atau membuat serta mencipta teknik baru untuk mengodam atau memasuki sesuatu laman itu. Lalu, ia akan disebarkan kepada para pengguna internet?. Bukankah, ia sudah menjadi double crime?.

          Mil analogikan sebagai double crime kerana pertama sekali kerajaan mengatakan laman web yang diblock mengandungi jenayah siber. Jadi sebelum di block, para user sudah melakukan first crime kononnya kerana memuat turun sesuatu tanpa kebenaran. Jadi , setelah di block ia telah menjadi second crime kerana para user mengodam untuk memasuki laman itu? Bukankah ia menjadi lebih teruk?.

          Apa yang mil harapkan kerajaan akan memikirkan cara yang lebih baik untuk meninjau tentang perkara ini. Lantas pengodam operation Malaysia mungkin akan mengubah fikiran mereka dari mengodam laman kerajaan.
Sekian.

*sekiranya ada kesilapan fakta maafkan saya, saya hanya insan biasa. :D


 

the most hilarious respond by lowyat forumers regarding the hackers threat towards malaysian gov website..hahahhaa
Jom tengok kata-kata OPERATION MALAYSIA:



5 Orang Pengkritik:

;