Kerbau Pakcik Hilang


Salam,

AHha, dalam kebosanan pagi-pagi ini, sudahlah hujan ditambah dengan sejuknya lagi. Memang terasalah kedinginan berlegar-legar pada urat-urat tulang kita, kalaulah badan masih terbaring di atas tilam kesayangan, alamatnya tengaharilah yang menjadi hari pagi kita.(Aiseh, bahasa tu orang sabah kata kalah menteri, ha3 :D). Entry kali ini bukanlah ana hendak bercerita tentang tulang ataupun hujan, tetapi terasa hendak berkongsi pula sebuah kisah yang baru ana baca dari majalah solusi. Ceritanya berbunyi begini…

Alkisah

Seorang pengembala kerbau, mencari-cari akan kerbaunya yang hilang. Puas dicarinya ke merata-rata tempat, tapi, masih belum di temui. Dia bertembung dengan seorang budak yang sedang memancing.
Pengembala itu pun bertanya "Ada kau nampak kerbau pakcik tak nak? Kerbau pakcik hilang." Pantas budak itu menjawab "Oh, kebau pakcik yang buta mata sebelah kirinya itu ya?" Tanya budak itu.
"Ya, ya, itulah kerbau pakcik.
"Rasanya kerbau itu sudah tua..." tambah budak itu lagi.
"Betul, betul, memang sudah tua. Kau ada jumpa dia?"
"Kerbau pakcik tempang di sebelah kaki kanannya yang sebelah hadapan bukan?" tambah nya...
"Betul..Betul.. tunjukkan kerbau pakcik di mana.." pantas pakcik tu menjawab.
"Maaf pakcik, saya tak jumpa kerbau pakcik..... kata budak itu.
"Kau jangan main-main. Memang itulah kerbau pakcik. Kerbau itu memang dah tua, tempang kakinya dan buta matanya. Jangan bergurau, pakcik nak cepat ni...."
"Betul, saya tak nampak pakcik" balas budak itu lagi.
"Kalau tak jumpa, macamana kau tahu sifat kerbau pakcik? musykil pakcik tua tu.
Budak itu pula tersenyum.."Macam ni.." kata budak itu lalu membawa pengembala itu ke belukar.
"Tengok rumput-rumput ni. Ia telah diragut oleh kerbau pakcik. Ini kesan ragutannya.." budak itu menunjukkan kesan ragutan kerbau yang di maksudkannya.
"Ya memang kesan ragutan kerbau, tapi macam mana kau pasti ini ragutan kerbau pakcik dan bukan kesan ragutan kerbau lain?"
"Cuba pakcik lihat baik-baik. Semua rumput yang diragutnya adalah di sebelah kiri. Itu menunjukkan kerbau itu buta mata sebelah kanannya. Kesan ragutan pula tidak sekata. Ini menunjukkan giginya sudah jarang atau ada yang patah...ertinya kerbau ini telah tua. Dan tengok pula kesan tapak kakinya. Kesan tapak kaki hadapan sebelah kanan berbeza dengan tapak-tapak kaki yang lain. Ia kelihatan di seret, dan ada ketikanya tiada lansung.Ini menunjukkan dia tempang…

TAMAT
          Apa pendapat rakan-rakan sekalian best kan ceritanya. Tapi di sini ada sebab ana berkongsi cerita ini, ana mahu rakan-rakan lihat apa pengajaran yang boleh kita dapat dari cerita ini. Bagi ana, cerita ini bukan menunjukkan tentang kebijaksanaan seorang budak dalam meneliti sesuatu perkara.

          Akan tetapi, pengajarannya ialah tidak semestinya kita menolak akan kebenaran sesuatu perkara walaupun kita tidak dapat melihat kewujudannya. Ada waktunya keyakinan dapat dilihat dengan melihat tanda-tandanya. Begitulah jua kewujuduan Allah s.w.t kita tidak perlu melihatnya dengan mata mengaku keagungannya. Sudah cukup dengan melihat ciptaannya.

Sekian.

0 Orang Pengkritik:

;