Carilah Ubat Marah

Salam,

Entry mil kali ini bercakap tentang marah. Sesiapa pun mesti pernah merasai perasaan marah, tidak normal seseorang itu kalau tidak mempunyai perasaan marah. Cuma disini yang mil ingin bincangkan cara mengawal kemarahan ini???



          Sifatnya marah itu sebenarnya datang dari sifat egonya seseorang. Lagi besar egonya lagi besar sifat pemarahnya. Langgar sahaja kata-katanya, idea ataupun segala yang tidak O.K pada pemikiranya, akan meluap lagilah api kemarahannya. Kalau boleh, gunung yang tidak terangkat pun bak ingin dihumban kepada mangsanya.

          Kita lihat sahaja, hari ini disebabkan marah pelbagai jenis kezaliman dan kejahatan berlaku. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak menjadi mangsa simbahan asid oleh ayah sendiri. Ya memang benar perbuatan itu tidak disengajakan akibat perasaan marah yang tidak terkawal, tetapi dimana sifat kewarasan seorang manusia? Seorang ayah pada ketika itu?.

          Setiap kelemahan dan kesilapan merupakan ujian daripada Allah s.w.t agar kita belajar bersabar dan percaya akan setiap kekuasaannya. Begitulah juga dengan sifat pemarah. Marah sebenarynya bermaksud satu gerakan nafsu diri, seketika meluap darah ketika berlaku desakan nafsu untuk mempertahankan diri atau untuk melepaskan dendam.

          Kemarahan itu tidak akan timbul sekiranya tidak berada pada tempat dan waktunya. Namun apabila kemarahan menjelma atau timbul dan tidak dapat ditahan dengan akal yang waras, maka ia akan menjalar tidak ubah seperti api yang membakar menyebabkan pintu akal kita seolah-olah tertutup, lalu hangusnya sebuah pertimbangan dan kewarasan.

Antara kaedah untuk mengawal kemarahan;
  1. Sentiasa menyedari ganjaran yang akan diperolehi jika menahan perasaan marah serta menyedari bahawa marah itu akan membawa kepada kehinaan. 
  2. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita saat kita sedang marah. Kadangkala lebih hodoh dari perlakuan seekor binatang. 
  3. Ingatlah kesan-kesan buruk yang akan berlaku, mungkin akan mewujudkan permusuhan dan pergaduhan serta pembalasan dendam. 
  4. Didiklah diri kita agar berasa malu kepada Allah s.w.t agar tidak membawa kepada kebenciannya. 
  5. Jagalah maruah diri keluarga kita, agar tidak diperkatakan buruk oleh orang lain. 
  6. Kadangkala marah yang hanya seminit boleh menyebabkan penyesalan seumur hidup. 
  7. Belajar untuk bersabar, tetapkan pendirian kita banyak lagi cara menyelesaikan masalah selain marah. 
  8. Takut dan menyesal akan dosa yang dilakukan. 
  9. Inginkah kita kehilangan keluarga dan sahabat gara-gara perasaan marah. 
  10. Bak kata Datuk Dr. Fadzilah Kamsah, programkan semula otak dan tukar paradigma. 
          Jadi moleklah, sekiranya kita belajar untuk mengawal kemarahan kerana setiap yang buruk itu Allah s.w.t sengaja menampakkan agar kita manusia memperolehi pengajaran darinya. Paling penting, elakkan menyebut “aku adalah seorang pemarah” tukarkan kepada “aku bukan pemarah, Cuma suatu ketika dulu aku gagal mengawal sifat marahku.

think it, use it
jangan simpan

10 Orang Pengkritik:

;