Budaya Pilak

~Assalamualaikum~


Entry saya pada kali ini berkisarkan tentang budaya PILAK yang semakin berleluasa di Sabah. Saban hari ada sahaja warga bumiputra yang merungut tentang salah laku yang dilakukan oleh kaum pilak ini. Datang sahaja ke Sabah, sudah pasti perkataan pilak ini menjadi perkara biasa. Bermacam-macam gejala sosial yang mereka lakukan seperti melepak beramai-ramai di pusat-pusat membeli belah, merokok di tempat-tempat berlarang, bergaduh di tempat-tempat awam dan sebagainya. 

Bercakap tentang pilak, sejarah pilak dapat didefinisikan melalui bahasa dari dua suku yang terdapat di sabah iaitu suku suluk dan bajau dengan bermaksud nama mata wang. Misal kata dalam bahasa melayu dua ringgit manakala dalam bahasa suluk dua pilak. Perkataan pilak ini sebenarnya ditujukan kepada pendatang tanpa izin (PATI). Rata-ratanya mereka berasal daripada kepulauan Filipina. 

Namun, yang menjadi persoalan ada pula kaum bumiputra yang terikut-ikut trend pilak ini?. Di Sabah, pilak dapat dibezakan melalui gaya penampilan mereka sama ada dari segi pemakaian dan rambut. Gaya pemakaian mungkin lebih kepada gaya pemakaian punk dan ghotic seumpamanya(tak expert nama2 pemakaian nie :D). manakala pada rambut pula, mereka suka mewarnakan rambut mereka dengan warna yang tidak mempunyai kontra pada wajah dan kulit mereka.

Sebenarnya, isu penampilan mereka bukanlah sebuah isu yang besar kerana setiap individu berhak untuk menggayakan apa-apa fesyen yang mereka suka. Persoalannya ialah tingkah laku mereka yang membuatkan orang lain berasa tidak selesa dan selamat. Sebagai contoh, bergaduh ditempat awam dan melepak beramai-ramai.

Selain itu juga yang menjadi masalah besar, remaja terutamanya pelajar sekolah mungkin akan terikut-ikut dengan sikap mereka ini. Mungkin pada pandangan masyarakat, pilak ini adalah golongan yang kecil. Akan tetapi, kita kena ingat setiap yang besar itu bermula dari sesuatu yang kecil tidak kiralah perkara baik mahupun perkara buruk. Bak kata pepatah, sikit-sikit lama jadi bukit.

Kesimpulannya, bukan untuk meminggirkan kaum pilak tetapi harapan kita ialah mereka mengubah sikap mereka. Lebih-lebih lagi mereka dari kalangan remaja. Ditegaskan, masyarakat dan pihak berwajib dapat membuat tindakan segera bukan untuk menangkap mereka tetapi untuk memberikan kesedaran. 

Sekian.

*sekiranya ada kesilapan fakta sila perbetulkan, ini merupakan pendapat saya sendiri.








6 Orang Pengkritik:

;