Bila Burung Menjadi Itik(yakin diri)


Alkisah...
Seekor anak burung ingin terbang seperti burung-burung yang lain. Namun ibunya berpesan agar bersabar sebelum sayapnya tumbuh menjadi dewasa. Dia meronta-meronta untuk terbang juga. Suatu hari, ibu burung keluar mencari makanan. Anak burung pun mencari peluang untuk terbang sendiri. Malangnya, semasa ingin terbang dia terjatuh dan sayapnya patah. Mujurlah dia diselamatkan oleh haiwan lain di sana.

Dari saat itu, anak burung itu tidak berani untuk terbang lagi kerana takut akan risiko kegagalan. Setelah berbulan dalam keadaan begitu, anak burung itu telah menjadi burung dewasa. Kepaknya sudah menjadi kuat dipenuhi bulu-bulu burung yang lebat. Secara logiknya, ia boleh terbang tinggi tanpa bantuan ibunya. Sayangnya, kerana ia sudah kehilangan keyakinan diri. Pengalaman gagal semasa kecil menyebabkan burung itu tidak mahu mencuba lagi. Padanya, ia tetap tidak mampu melakukannya. Tamat, begitulah cerita apabila seekor burung menjadi itik.

Salam,

Menarik tak cerita mil?. Apa pendapat rakan-rakan sekalian. Inilah bahayanya apabila kita kehilangan keyakinan diri. Analoginya, cerita anak burung ini sering ditemui dalam kehidupan kita sebagai seorang manusia.

           Apa itu keyakinan diri? Keyakinan diri ialah pandangan terhadap diri sendiri tentang kemampuannya untuk berjaya dan cemerlang dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Keyakinan diri itu sangatlah sinonim dengan harga diri. Keyakinan adalah perasaan stabil dan serasi dengan diri sendiri yang menyebabkan kita rasa layak, mampu dan yakin untuk melakukan sesuatu.

           Akan tetapi kita selalu salah anggap tentang punca hilang keyakinan diri. Mil ingin bertanya, kenapa kita seringkali mengaitkan hilang keyakinan diri berpunca daripada rasa rendah diri kita?. Rendah diri itu sebenarnya tawaduk. Yakni, merasa diri belum baik, lalu berusaha untuk memperbaikinya. Rasa rendah diri juga mengajar kita untuk sentiasa rasa berdosa kepada maha esa dan bertaubat kerananya. Jadi, Jangan silap dengan mengistilahkan rasa rendah diri merupakan penyebab kepada rasa terancam, bimbang, dan rasa terhina atas kemampuan dan kebolehan diri.

           Kita kena ingat, setiap dari kita mempunyai potensi untuk menjadi yang terbaik. Percayalah kita lebih kuat daripada apa yang kita sangka. Jika kekuatan ini benar-benar dioptimumkan, kita tidak akan goyah dengan pelbagai jenis cabaran. Ingatlah !!! pandangan diri-sendiri adalah lebih penting berbanding pandangan orang lain.

           Jika kita rasa lemah, tidak terdaya. Itu tidak bermakna kita memang lemah dan sedia tidak berdaya, tetapi cuma kita belum meneroka kekuatan diri kita yang sebenar.
Sekian.

Think it, use it.
Jangan simpan :)

7 Orang Pengkritik:

;