Aku Bukan Gay



~~Assalamualaikum~~

Kau gay?. Mungkin dalam kalangan kita soalan-soalan ini pernah ditujukan sama ada yang bertanyakan lelaki atau perempuan. Lebih-lebih jika yang ditanyakan itu adalah seorang lelaki lembut. Mil merasakan isu ini agak sensitif jadi mil meminta maaf bagi sesiapa yang terasa. Semua kandungan entry ini adalah maklumat dan pendapat mil semata-mata.

Berbalik kepada cerita tadi;

          Di sini kita kena ingat lelaki lembut dan gay sangatlah berbeza kerana seseorang lelaki keras pun boleh menjadi gay. Menurut pembacaan mil lelaki lembut adalah lelaki yang dilahirkan dengan lebihan hormon perempuan yang menyebabkan sifatnya lebih ke arah keperempuanan. Gay atau homoseks itu pula sebenarnya adalah penyimpangan sosial yang terjadi kerana seorang lelaki menyukai sesama jenisnya laki-laki.

          Sebenarnya bila bercakap tentang lelaki lembut, mil sudah terbiasa bertemu dan berkawan dengan mereka, kerana dahulunya mil bersekolah di sekolah jenis lelaki, jadi ramailah juga sahabat mil yang lembut. Yang uniknya sedikit sekolah mil ini, setiap aras atau setiap kelas mempunyai lebih kurang seorang lelaki lembut. Itulah yang menyebabkan mil mengenali mereka sedikit demi sedikit. Lelaki lembut sebenarnya benci dikatakan gay. Bahkan, mereka bersifat anti gay.

          Mil pernah sekali bertanya kepada kawan mil yang lembut, “kalaulah ada rakan kamu yang lembut jadi gay apa pendapat kamu? “Tanya mil kepada kawan mil. Lantas dia berkata kami akan memulaukan dia, memalukan kaum kami sahaja. Jesteru di sini kita dapat melihat yang sebenarnya mereka pun tidak suka akan budaya gay.

Sebenarnya Golongan yang dibincangkan ini dibahagikan kepada 3 golongan utama:
a) Lelaki JANTAN, tetapi mengingini JANTAN lain
>> Golongan JANTAN biasanya melibatkan GAY kolar putih dan lelaki macho.
>> Dalam islam digelar kaum yang melampau (qawm musrifun).

b) Lelaki AYU, mengingini LELAKI lain.
>> Golongan AYU biasanya dinamakan sebagai MAKNYAH dan PONDAN.
>> Dalam islam digelar kaum yang bodoh (qawm tajhalun).

c) Lelaki LEMBUT, tetapi tidak mengingini LELAKI.
>> Golongan LEMBUT, dilahirkan sebagai lembut, tetapi terdinding daripada nafsu kepada lelaki.
>> Ditegaskan mereka tetap lelaki biasa.
          Akan tetapi, bagi mil lelaki lembut mungkin akan cenderung menjadi gay sekiranya persekitarannya itu dipenuhi oleh budaya gay ini. Mungkin kerana sifat mereka lebih ke arah keperempuanan. Mil analogikan seperti di bawah ini:

Lelaki/lelaki lembut >> Gay.

atau

Lelaki/ lelaki lembut >> Pondan >> Gay.
          Kesimpulannya, kita memahami sekiranya mereka hanya seorang lelaki lembut, tetapi kita sukar untuk menerima jikalau mereka seorang yang menyukai sesama jenis. Bukan untuk menyisikan tetapi ingatlah ayah ibu kita, janganlah sehingga air mata kesedihan jatuh membasahi bumi.

Think it, Use it
(: Jangan Simpan :)

5 Orang Pengkritik:

;