Kena Tindih Semasa Tidur

SALAM,


“Mesti ramai yang pernah mengalami hal ni??” bila tidur terasa macam kena himpit pula, susah nak bangun dan tak boleh bergerak, puas la menjerit meminta tolong tapi tak terkeluar pun suara tu!!!!! arghhhh.. tensen kan??

Aku taula mcm mna rasa tensen tu,, aku pn selalu juga kena!!!!!!!!MEMANG Tensen.Kalau berdasarkan islam, banyak sebab2nya ustaz aku ada bagitau: 

Niela dialog kami??
Ustaz: salam ustaz ble tny ka ustaz...nk mnta nasiht sedikit

Saya: wsalam, silakan kalau tau saya jwb, kalau tak tau sy tanya utz lain

Ustaz: sbnrnya ustaz..bla sya tidur ,,terasa mcm slalu kna tindih??? pa mksdnya tu ustaz...dorng kta mayb pnt atau makluk ghaib...adaka cranya ustaz supy xkna gnggu??slalu jugala...walaupn berkala...doa tidur baca..

Ustaz: cuba amalkan 10 ayat surah al baqarah sebelum tidur iaitu ayat 1-5, ayat 163, ayat 255 dan ayat 284-286.tak panjang tu, kalau baca semua tu lebih kurang 2-3 minit siap

Saya: ok,,nnt sya amalkn ustaz..tpikn sya tertny2 juga.. npa slalu kna gnggu???apa slh satu sbbnya??. Lupa lak nk ucp terima kasih.

Ustaz: ada byk sebab. kdg2 ada syaitan betina yang tertawan sebab mandi tak pakai kain basahan. kdg2 terganggu kediaman jin, spt tersepak atau terlanggar. kdg2 hanya mainan tidur. selain diatas byk lagi kaedah boleh amal spt baca 3 kul dan solat witir 3 rakaat sblm tidur.

Saya: oo,,mcm tu...terima kasih ustaz untk maklumt..nnt sya amalkn petua yg ustaz bgi tu...salam:D.,,,
Jadi,secara kesimpulannya menurut islam ada juga cerita tentang tindih semasa tidur nie..so kalau nak tido tu,, rajin2 la baca doa..:D...temasuk la aku sendiri.. 

dah baca doa aku fikir logic untuk cover line supaya aku tak takut sgt ....huha3.. meremang bah bulu roma..
Dah lama jugak aku tak kene.. tapi semenjak 2 menjak ni aku asyik kena je.. so aku pun try search untuk cari apakah makna ni semua. .

secar ringkas baca ni :

mengikut teori sains fenomena kena hempap/tindih dalam bahasa medicalnya ialah ‘Sleep Paralysis‘. Sleep paralysis dalam bahasa melayu ialah ‘lumpuh waktu tidur’ iaitu keadaan yang mana badan kita akan menjadi lumpuh sementara (temporary paralysis).



Temporary Paralysis ini selalu berlaku bila mula-mula nak tidur (hypnagogic paralysis) atau baru-baru bangun dari tidur (hypnopompic paralysis). Normal badan manusia apabila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement-waktu nyenyak, bola mata kita akan bergerak-gerak) , otak akan beritahu badan supaya berehat seolah-olah badan kita seperti di switch off kejap. Otak kita pun ada switch off button yang dipanggil Reticular Activating System (RAS). So, ketika ini REM atonia (tiada muscle tone). Yang tinggal ketika ini hanya automatic function seperti degupan jantung, bernafas dan sebagainya. Lebih kurang macam screensaver atau hybernate lah. 

Jadi, apabila kita bangun, RAS akan switch on balik. Kita akan sedar sepenuhnya. Tapi kadang-kadang berlaku juga keadaan yang mana electrical signal tidak diactivatekan oleh otak untuk switch on balik badan kita. Ketika itu, badan kita akan lumpuh seketika sebelum otak akan diaktifkan semula. Memang menakutkan, tapi benar, kita seperti lumpuh sekejap. Masa tu, mungkin ada yang tidak lumpuh sepenuhnya tapi sebahagian saja. Sebab itu ada yang boleh gerak-gerakkan jari, tapi bahagian badan lain tak boleh bergerak. 

Satu lagi, sleep paralysis ini juga selalu datang dengan halusinasi dalam bentuk auditory (bunyi yang pelik-pelik), visual (nampak benda bukan-bukan) atau tactile (deria sentuhan, terasa ada benda sentuh/hempap dll..) Sebab tu kita rasa macam kene himpit dengan hantu lah jin la ape la, lepastu ada pulak sound effect bunyi mengilainlah dan macam2 lagi halusinasi.

Sebab-sebab yang membolehkan sleep paralysis berlaku :-) 

1. Tidur dalam posisi terlentang terlalu lama 
2. Jadual tidur yang tidak tentu arah (irregular sleep clock) 
3. Sleep/rest deprivation (tak cukup tidur la ni… penat sgt) 
4. Stress yang banyak kat otak… masalah keluarga, kewangan bla2 
5. Pertukaran gaya hidup secara tiba2 (macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung) 
6. Orang yang ada penyakit narcolepsy (tidur secara tiba-tiba walaupun ketika itu sedang bersembang) 

So, siapa-siapa yang pernah kena himpit, tak perlu risau selepas ini. Cuma sleep paralysis je..dan rajin2la Baca ayat-ayat berikut ketika hendak tidur:

- al-ikhlas sekali.
- al-Falaq sekali.
- an-Nas sekali.
- KEMUDIAN DOA: “Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kejahatan JIN dan Manusia”. Hembus / isyarat meludah ke tapak tangan dan sapukan ke seluruh tubuh yang tercapai oleh tangan tanpa pengecualian. Lakukan seperti itu 3kali.

Amalkan bacaan surah al-Baqarah (seluruhnya) setiap 3 hari sekali. Perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah ??? ???? ???? ???? sekurang-kurangnya 100 kali sehari. cuba amalkan 10 ayat surah al baqarah sebelum tidur iaitu ayat 1-5, ayat 163, ayat 255 dan ayat 284-286. 

Sekian.

1 Orang Pengkritik:

;