SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2016

...Assalamualaikum...

Alhamdulillah, sempat juga mil dan keluarga berkumpul bersama pada hari yang mulia ini. Semoga pada tahun-tahun yang mendatang umur mil dan keluarga dipanjangkan agar selalu dapat menyambut raya dan bersama, Insyaallah! Akhir sekali Mil dan keluarga mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir & batin.

Wassalam...



Radsmil: Kereta Baru

Assalamualaikumm,

Alhamdulillah, ada juga masa mil untuk update entri baru dekat blog mil nie walaupun 3 bulan sekali baru ada masa update. Apakan daya nak cari masa sekarang pun susah, sibuk dengan macam-macam task dan projek.

Alhamdulillah sekali lagi, dah hampir setahun dah mil kerja di SESB, jadi adalah terfikir nak beli sebuah kereta untuk digunakan ulang alik ke tempat kerja. Ikut hati kalau kaya nak juga beli kereta mewah; ferari, limbo, bmw tapi dah tak mampu beli jelah kereta yang mampu mil beli. betul tak?

Hari sabtu lepas bersamaan dengan 12 September 2015, dapatlah mil memiliki sebuah kereta. Kereta nie memang dah jadi idaman mil sejak belajar diuniversiti lagi. Pertama kali kereta nie dilancarkan, memang terpikatlah walaupun ramai yang kata bentuknya macam kotak. Aduyaiiiiiiiiii.

Kereta yang mil beli tu, taadaaaaaaaaaaa. Proton Preve 1.6 Premium. Bangga mil dapat kereta nie. Hehe. Harap-harap dapatlah mil gunakan dengan baik untuk masa yang lama. Amin





Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015


Assalamualaikum

Selamat hari raya aidilfitri & maaf zahir batin dari mil & keluarga. Sekiranya ada salah silap sepanjang perkenalan, terusik, tergurau, terguris hati, tersalah kata, terlawak bodoh harap 0-0 ya.

Wassalam...

Aku & Kerja


Assalamualaikum,

Lama pula tak sentuh blog mil nie, entri yang paling baru pun mil lupa bila tarikhnya. Alhamdulillah, mil dengan jayanya dah tamat probision kerja. 100% pekerja tetap di SESB Yeaaaa. Tak sangka, pejam celik dah masuk dah 8 bulan mil kerja di sini.

Kerja? Kalau mil search kat google definisi kerja ialah melakukan sesuatu secara sukarela, melalui arahan, cara paksaan dan mempunyai masa kerja yang tetap atau ditentukan. Sebenarnya banyak perkara baru yang mil mulai kenal dan rasa bila bekerja. Antaranya, cara kita menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja seperti komunikasi, menjauhi politik dalam syarikat dan juga mmm...

Bekerja ditempat mil sekarang nie macam-macam perasaan yang mil hadapi; seronok, komitmen, sedih kalau kena marah dengan bos leee, dan dewasa kot walaupun mil nie ada perangai budak-budak lagi. Kalau dulu masa di sekolah, di kolej hinggalah ke universiti selalunya orang yang ajar mil. Sekarang nie, mil pula yang ajar orang. Kiranya, bagi latihan dengan user kalau sistem yang mil buat nak up ataupun dah siap, mil kan software developer HEHE. Pena juga kot mengajar masa kat U tapi kat sini yang uniknya tu kadang-kadang peserta yang turut serta dua kali ganda umur mil. Senang kata kalau di sabah kita orang panggil la beliau dan babu bai.

Mmm, tapi ada yang tak bestnya juga bekerja kalau makan gaji nie. iaitu POLITIK SYARIKAT, shhhhhhhhhhhh. Tempat mil kerja nie boleh dikatakan syarikat yang agak besar sebab pekerjanya kira-kira dalam 3ribu orang. Jadi, fahamlah kan bermacam perangai dan ragam manusia yang kita akan jumpa. Tapi rasanya kat mana-mana tempat makan gaji pun mesti ada benda macam nie. Nie pun mil kerja 8 bulan, mil dah kenal dah apa maknya politik syarikat tu sikit-sikit. Tu jelah kot benda yang mil tak suka bila makan gaji nie. Sebab kita akan jumpa manusia yang tidak pernah puas dan mementingkan diri. 

Tapi, yang penting jauh sekali mil nak dekat diri dengan benda-benda macam nie, rezeki yang kita dapat semua Allah yang bagi cuma kita kena usahalah dan kerja dengan betul. Insyaallah, bila kerja siap, otak senang, hati senang, makin sayang dengan seseorang, makan pun kenyang. Merepek.

Apapun, apa-apa kerja yang kita buat biarlah kita buat dengan ikhlas, jujur dan amanah. Insyaallah semua akan baik sahaja


Sekian

Hari Konvokesyen Saya


Assalamualaikum,


Tarikh 22 November 2014 merupakan tarikh yang begitu bahagia dalam hidup mil. Disingkatkan, tarikh ini merupakan hari konvokesyen mil. Alhamdulillah setelah 4 tahun berjuang akhirnya segala usaha, titik peluh, dan liku-liku kehidupan di Universiti dibalas dengan segulung ijazah.

Sebenarnya, banyak cabaran yang mil tempuhi semasa dalam pengajian dan tidak kurang juga pengalaman indah dalam corak kehidupan bergelar mahasiswa. Kehidupan sebagai mahasiswa ini sebenarnya banyak mengajar mil, mengenali bermacam-macam jenis ragam manusia. Membuka mata mil, yang perbezaanya sangat jauh jika dibandingkan semasa berada di matrikulasi dan sekolah dulu.

Apapun, mil ucapkan terima kasih kepada ibu-bapa mil, guru-guru, pensyarah, serta rakan-rakan lain. Paling utama, kerana Allah masih memberikan mil peluang untuk mengembirakan ke dua ibu bapa mil. Mil dah, bagi adik-adik atau rakan-rakan yang masih dalam pengajian, berusaha bersungguh-sungguh.

Entri yang Pendek.



AKHIRNYA BERGELAR WARGA SESB



Assalamulaikum,

Lama gila tak update entri di blog, nak hampir setengah tahun kot. Sebenarnya, di sini ada berita baik yang mil nak kongsikan. Senang cerita berita terbaik dalam hidup mil. Kahwin? Nop, bukan itu.

Alhamdulillah, mil dapat kerja dah. Yeaaaaahhhhhhhhhh. Penantian selama 6 bulan menganggur dengan tiap-tiap hari bagai nak rak, mohon sana mohon sini yang kadangkala tu rasa nak putus akhirnya terbalas juga. 

Sebenarnya, banyak ujian dan dugaan yang mil hadapi sepanjang menganggur. Sebelum nie pun mil bekerja, sebagai junior programmer di sebuah syarikat. Tapi, malangnya mil sakit. Kerja pun susah, macam mana nak kerja kalau sakit. KAN!!! Terpaksalah berhenti.

Malas nak cerita pasal itu, mungkin next entri kot. 

Dipendekkan cerita, mil dapat kerja di Sabah Electricity(SESB) sebagai juruanalisa sistem e12 (ikut gred TNB). Sedikit pengenalan tentang syarikat, SESB adalah sebuah syarikat yang menjana, menghantar, dan membekalkan elektrik kepada lebih kurang 361,400 pelanggan di Sabah. SESB dimiliki oleh Kerajaan Negeri Sabah dan Tenaga Nasional Berhad.

Sebenarnya, mil gembira sangat dapat kerja nie. Masa temuduga tuu pun rasa nak kecut perut dan macam nak pulang rumah ja sebab saingan mil adalah orang-orang berpengalaman. Mil pula orang kata masih newbie lagi, al-maklumlah fresh graduate. Maybe luck seemed to be smiling on me. So, I got the job!

Yang paling best tuu gaji mmmmm lumayan la bro. Ehem, ikut gred gaji TNB. Cuba bayangkan. (Mungkin sama aku besar, sama orang lain kecil.. peduli apa pandangan orang..hehe) Tapi paling penting, ini adalah satu jalan yang Allah bagi kepada mil supaya dapat membantu keluarga mil. Alhamdulillah!!!

Apapun, harap-harap mil dapatlah kerja dan buat yang terbaik apabila berkhidmat di syarikat nie kelak. Tak nak lagi, macam dulu terpaksa berhenti separuh jalan. I'll try my best!

Insyaallah, 3 November 2014 nie lapor diri. Doakan ye!!!!

Wassalam.

Menganggur? Doa Untuk Cari Kerja

Assalamualaikum,

Beberapa bulan lepas, mil post entri pasal dapat kerja sebagai programmer. Memang gembira sangat, tetapi disebabkan masalah peribadi dan keluarga yang tak dapat dielakkan terpaksalah mil berhenti kerja. Memula tu ada request nak minta cuti tetapi sebab mil nie baru dan masih dalam kontrak tak dapatlah bos tu nak benarkan. Ala, faham jela syarikat swasta memang macam tu kan, perlu komitmen yang tinggi. Alamatnya, jalan terakhir yang terpaksa mil pilih adalah berhenti. Sedih? Mestilah sedih, dah ada duit sendiri, dah ada kerja yang baik dan tetap tetapi terpaksa berhenti pula. Jadi, Sekarang nie secara officialnya mil seorang penganggur yang akan konvo pada hujung tahun ini.

Pejam Celik rupanya dah nak sebulan mil menganggur, semua yang dihadapi sebelum ini alhamdulillah dah selesai dan rasanya semangat nak kerja semula dah berkobar-kobar. Tapi, terus terang nak cari kerja nie payah dik. Terlalu banyak persaingan dalam keadaan negara kita yang semakin membangun ini. Sebelum nie pun macam-macam mohon tapi satu pun takda hasil. Kadangkala tu rasa nak mengalah, apasal lah susah sangat nak cari kerja. Tapi bila fikir dalam-dalam, mungkin rezeki kerja mil tu tak sampai lagi. Jadi apa yang terbaik yang mil perlu buat berdoa dan terus berusaha untuk memohon pekerjaan. Tetapi takkan nak berusaha je, kena doa gak.

Jadi, selak punya selak internet nie adalah mil terjumpa satu doa untuk memudahkan kita mendapat kerja. Benda yang baik, patut kita kongsikan bersama. Betul tak. Jadi, kepada semua yang sedang cari pekerjaan tu bolehlah amalkan Doa ini.




Maksud:

“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.”(Surah Al-Qashash: Ayat 24)

Cara-cara mengamalkan:

Bacalah setiap kali selepas solat.

1. Dimulakan dengan Istighfar-100x.
2. Shalawat Nabi 100x.
3. Surah Al-Waqiah-1x.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, doa ini pun boleh juga digunakan untuk mencari jodoh. Jadi siapa-siapa yang nak cari kerja sambil cari jodoh tu bolehlah amalkan doa ini. Tapi jangan pula minta kerja yang tidak halal sumbernya, confirmlah tak makbul.

Apapun, mil doakan semoga kita cepat dapat kerja sama-sama.

Wassalam...

;